Welcome to my blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 10 April 2015

Terdiam III

Aku hanya mendiamkan diri dan termenung jauh. Lamunanku terhenti apabila deringan  mesej berbunyi. Aku memeriksa mesej satu per satu. Ternyata kawanku yang lain mencariku. Aku pergi tanpa memaklumkan kepada mereka. Bayu  hujan meniup ke arahku dan kilat sambar menyambar. Dapat aku merasakan betapa besarnya ciptaan Allah. Aku menghirup kopi sambil menikmati keindahan alam. Selepas hujan berhenti aku melangkah keluar dari kedai kopi tersebut. Aku benar benar terkejut dengan pernyataan kawanku menyatakan pelbagai perkara yang dia betul betul tidak puas hati. Aku dah agak memang dia tidak suka aku bertindak demikian. Walaupun perasaan aku kecewa tetapi aku bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menjadi sahabatku dan berakhirlah segalanya. Mulai sekarang aku akan mendiamkan diri. Benarlah kata kata mereka kita sebagaI anak yatim perlu bersahabat dengan mereka yang sama nasib dengan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini