Welcome to my blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 8 April 2015

Terdiam II

Selepas menunaikan solat zohor,aku melangkah pergi ke bilik seni untuk menyiapkan beberapa tugasan yang aku perlu laksanakan. Puas aku memikir bagaimana aku hendak mereka tulisan tetapi tidak ada satu idea pun datang. Kawan kawan ku mengilingiku sambil memerhati. Sejujurnya aku tidak selesa akan pandangan mereka tetapi aku serba salah untuk memberitahu. Seorang demi seorang melangkah pergi dari mejaku dan tinggal beberapa orang . Aku menarik nafas lega sambil menulis. Sedang aku khusyuk menulis tiba tiba deringan telefon berbunyi menandakan bahawa bapaku telah tiba. Aku dengan segera mencapai beg galas dan berlalu pergi . Aku memikirkan kembali peristiwa manis yang berlaku sewaktu kakak aku di sampingku. Aku amat merindui detik pahit dan manis bersama .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini