Welcome to my blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 10 April 2015

Pertandingan pantun

    Takkan digentar bala mendatang,
           Hamba afif sedia bertentang!
  
Khamis                                   26/3/15
   Hari ni aku bangun mencapai baju kemaja lengan panjang dan mengikat tali leherku dengan kemas. Aku menyarung vest berwarna biru pekat. Sungguh segak penampilanku pada pagi ini. Aku melangkah masuk pintu sekolah dan banyak mata memandang dengan penampilanku yang lain daripada yang lain.Aku mencari rakan seperjuanganku rupanya mereka berada di kantin sekolah. Kami berlatih buat kali terakhir sambil menunggu guru pantun. Kebanyakan guru  mengucapkan selamat berjaya dan ada segelintir memberi kata kata semangat.

    Aku menyarungkan blazer dengan penuh bangga. Mereka memujiku dan aku hanya memberi senyuman. Bila aku menjejakkan kaki ke sekolah rantau panjang, aku berasa gugup kerana banyak sungguh gadis di sini.. Almaklumlah, kami kan dari sekolah lelaki bila berjumpa perempuan rasa malu pula. Tambahan pula mereka asyik memerhatikan kami. Perasaan gemuruh melanda diri tetapi kami kuatkan semangat kami. Kami berbalas pantun dengan penuh semangat.Mereka menyampaikan pelbagai pantun yang tidak habis2 membuatkan kami tersenyum dan bangga..haha.. aku dan  ameer tidak henti mengukir senyuman. 

       Keputusan diumumkan dan nasib tidak menyebelahi kami. Walau bagaimanapun, kami tetap mampu gelak ketawa dan kami tidak terlepas untuk ber selfie. Salah satu peserta pantun iaitu lawan kami meminta nombor telefon untuk mengikat tali persahabatan.

     Ameer mempelawa aku untuk naik bersama dengan cikgu nisa. Kami bercerita tentang perlawanan tadi dan aku dalam masa yang sama mengharap supaya pertandingan seperti tadi dianjurkan bagi meningkatkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda. Sejurus kami tiba di sekolah kami sambung kembali aktiviti kami iaitu berselfie bersama sama sambil mempertikaikan keputusan pertandingan tadi.Aku memberi kata kata semangat supaya mereka terima dengan keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

        Sahabat seperjuanganku yang lain membuka blazer namun aku dan ameer tetap memakai blazer walaupun hari semakin bahang. Sebenarnya rasa gugup dalam diriku ini belum lagi hilang. Kami melangkah ke kantin sekolah untuk mengisi perut kami yang lapar. Menu hari kena dengan pakaianku iaitu makaroni. Kami berborak sampai tidak sedar masa telah mendahului kami. Aku menaip mesej menyatakan bahawa pada hari ini aku balik lambat sedikit kerana masa yang kami luang tidak mencukupi.

      Aku dan Amer tidak berengang kerana dimana aku pergi pasti dia akan mengikut aku. Aku berasa selesa berkawan dengan Ameer kerana dia juga mempunyai kehidupan yang pahit. Aku berharap supaya pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih mendalam supaya dapat melahirkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda malah dapat meningkatkan keyakinan seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini