Welcome to my blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 12 April 2015

Aku dan kotak tisu I

Aku membuka bonet kereta untuk mengambil sekotak tisu. Tiba-tiba k menjerit di dalam kereta. `` Kenapa pula mamat ni menjerit?" kataku dalam hati. A pada asalnya hendak masuk ke dalam  kereta dan apabila k memekik A terus tak jadi nak masuk. Mungkin mereka bergaduh. Untuk pengetahuan, mereka ialah pasangan kekasih. Bagi aku sudah lumrah dunia pasangan akan bergaduh dan aku kerap melihat mereka bergaduh. Aku tertanya tanya pada diriku adakah aku punca segalanya. A pun berlari jauh daripada K dan aku mengekorinya,bimbang akan terjadi apa apa pada A . A marah kepadaku kerana aku mengekorinya tetapi lama kelamaan dia menceritakan apa yang terjadi tetapi dia tak menceritakan mengapa mereka bergaduh. Aku mendengar sambil menghulur kotak tisu yang aku pegang sejak tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini