Welcome to my blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 20 Disember 2016

Discriminate

Sometimes i wonder why people always discriminate to myself? I know i am ugly not strong like them not cool or instafemes like them..sometimes i am tired to chasing people .Look into that picture. Nobody want to sit beside me. In class i always be alone.

Waktu tu aku yeye je dah receive place untuk member aku last2 dia duduk belakang. Cam cibs kan. Since that day aku dah malas dah nak bersosial kat kelas. Yeah aku malas. Better aku datang sekolah dengar cikgu habaq tentang mata pelajaran salin nota hafal dan buat hal sendiri.

Entahlah kadang aku rasa memang aku ni annoying kot sebab tak ada sapa nak jadi rapat dengan aku. Last aku ada kawan rapat waktu sekolah rendah pastu dah tak ada. Kalau ada pun sekejap. Mungkin sebab aku ni tak hensem tak ada gajet and bukan anak orang kaya cam dorang kot yang pakai fon pun konfirm2 iPhone semua. Plus mungkin aku tak ada mak. Memang patut pun tak ada sapa nak rapat dengan aku. Maybe jugak aku ni dorang ingat aku terlampau skema bagi dorang. Ahh lantak ar! Yang penting sekolah dah habis and that mean aku tak yah ar nak hadap2 semua ni lagi.

Kesimpulannya lantak ko lah nak discriminate aku ke nak pura pura jadi or cares ngn aku ke atau nak buang aku ke...yang penting aku harap tak jumpa golongan homo sapien cam ko lagi..yang buruk kita lupakan dan jadikan pengajaran. I will be my self . Lantak nak terima ke tak. Aku bangga jadi diri aku. Better aku fikir pasal keluarga aku. Kawan pun tak ada yang last forever pun balik2 nanti kau kahwin and end up bini kau jadi bff ko..hahaha

Jumaat, 13 November 2015

Sombongkh aq?

Mereka kata aku memilih..
Memilih dlm byk benda
Benda terdiri dripda sahabat
Aq bknny memilih
Tetapi aku xnk diperbodohkn
Lebih baik aq pergi bersama dgn sahabat yg aq rsa btul3 sahabat
''Mereka" dulu aq anggap sahabt
Tetapi mereka abaikn aku.
Aku move on dan pergi brsma sahabt lain.
Yang boleh trima aku.

Ahad, 12 April 2015

Aku dan kotak tisu I

Aku membuka bonet kereta untuk mengambil sekotak tisu. Tiba-tiba k menjerit di dalam kereta. `` Kenapa pula mamat ni menjerit?" kataku dalam hati. A pada asalnya hendak masuk ke dalam  kereta dan apabila k memekik A terus tak jadi nak masuk. Mungkin mereka bergaduh. Untuk pengetahuan, mereka ialah pasangan kekasih. Bagi aku sudah lumrah dunia pasangan akan bergaduh dan aku kerap melihat mereka bergaduh. Aku tertanya tanya pada diriku adakah aku punca segalanya. A pun berlari jauh daripada K dan aku mengekorinya,bimbang akan terjadi apa apa pada A . A marah kepadaku kerana aku mengekorinya tetapi lama kelamaan dia menceritakan apa yang terjadi tetapi dia tak menceritakan mengapa mereka bergaduh. Aku mendengar sambil menghulur kotak tisu yang aku pegang sejak tadi.

Jumaat, 10 April 2015

Pertandingan pantun

    Takkan digentar bala mendatang,
           Hamba afif sedia bertentang!
  
Khamis                                   26/3/15
   Hari ni aku bangun mencapai baju kemaja lengan panjang dan mengikat tali leherku dengan kemas. Aku menyarung vest berwarna biru pekat. Sungguh segak penampilanku pada pagi ini. Aku melangkah masuk pintu sekolah dan banyak mata memandang dengan penampilanku yang lain daripada yang lain.Aku mencari rakan seperjuanganku rupanya mereka berada di kantin sekolah. Kami berlatih buat kali terakhir sambil menunggu guru pantun. Kebanyakan guru  mengucapkan selamat berjaya dan ada segelintir memberi kata kata semangat.

    Aku menyarungkan blazer dengan penuh bangga. Mereka memujiku dan aku hanya memberi senyuman. Bila aku menjejakkan kaki ke sekolah rantau panjang, aku berasa gugup kerana banyak sungguh gadis di sini.. Almaklumlah, kami kan dari sekolah lelaki bila berjumpa perempuan rasa malu pula. Tambahan pula mereka asyik memerhatikan kami. Perasaan gemuruh melanda diri tetapi kami kuatkan semangat kami. Kami berbalas pantun dengan penuh semangat.Mereka menyampaikan pelbagai pantun yang tidak habis2 membuatkan kami tersenyum dan bangga..haha.. aku dan  ameer tidak henti mengukir senyuman. 

       Keputusan diumumkan dan nasib tidak menyebelahi kami. Walau bagaimanapun, kami tetap mampu gelak ketawa dan kami tidak terlepas untuk ber selfie. Salah satu peserta pantun iaitu lawan kami meminta nombor telefon untuk mengikat tali persahabatan.

     Ameer mempelawa aku untuk naik bersama dengan cikgu nisa. Kami bercerita tentang perlawanan tadi dan aku dalam masa yang sama mengharap supaya pertandingan seperti tadi dianjurkan bagi meningkatkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda. Sejurus kami tiba di sekolah kami sambung kembali aktiviti kami iaitu berselfie bersama sama sambil mempertikaikan keputusan pertandingan tadi.Aku memberi kata kata semangat supaya mereka terima dengan keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

        Sahabat seperjuanganku yang lain membuka blazer namun aku dan ameer tetap memakai blazer walaupun hari semakin bahang. Sebenarnya rasa gugup dalam diriku ini belum lagi hilang. Kami melangkah ke kantin sekolah untuk mengisi perut kami yang lapar. Menu hari kena dengan pakaianku iaitu makaroni. Kami berborak sampai tidak sedar masa telah mendahului kami. Aku menaip mesej menyatakan bahawa pada hari ini aku balik lambat sedikit kerana masa yang kami luang tidak mencukupi.

      Aku dan Amer tidak berengang kerana dimana aku pergi pasti dia akan mengikut aku. Aku berasa selesa berkawan dengan Ameer kerana dia juga mempunyai kehidupan yang pahit. Aku berharap supaya pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih mendalam supaya dapat melahirkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda malah dapat meningkatkan keyakinan seseorang.

Terdiam III

Aku hanya mendiamkan diri dan termenung jauh. Lamunanku terhenti apabila deringan  mesej berbunyi. Aku memeriksa mesej satu per satu. Ternyata kawanku yang lain mencariku. Aku pergi tanpa memaklumkan kepada mereka. Bayu  hujan meniup ke arahku dan kilat sambar menyambar. Dapat aku merasakan betapa besarnya ciptaan Allah. Aku menghirup kopi sambil menikmati keindahan alam. Selepas hujan berhenti aku melangkah keluar dari kedai kopi tersebut. Aku benar benar terkejut dengan pernyataan kawanku menyatakan pelbagai perkara yang dia betul betul tidak puas hati. Aku dah agak memang dia tidak suka aku bertindak demikian. Walaupun perasaan aku kecewa tetapi aku bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menjadi sahabatku dan berakhirlah segalanya. Mulai sekarang aku akan mendiamkan diri. Benarlah kata kata mereka kita sebagaI anak yatim perlu bersahabat dengan mereka yang sama nasib dengan kita.

Rabu, 8 April 2015

Terdiam II

Selepas menunaikan solat zohor,aku melangkah pergi ke bilik seni untuk menyiapkan beberapa tugasan yang aku perlu laksanakan. Puas aku memikir bagaimana aku hendak mereka tulisan tetapi tidak ada satu idea pun datang. Kawan kawan ku mengilingiku sambil memerhati. Sejujurnya aku tidak selesa akan pandangan mereka tetapi aku serba salah untuk memberitahu. Seorang demi seorang melangkah pergi dari mejaku dan tinggal beberapa orang . Aku menarik nafas lega sambil menulis. Sedang aku khusyuk menulis tiba tiba deringan telefon berbunyi menandakan bahawa bapaku telah tiba. Aku dengan segera mencapai beg galas dan berlalu pergi . Aku memikirkan kembali peristiwa manis yang berlaku sewaktu kakak aku di sampingku. Aku amat merindui detik pahit dan manis bersama .

Selasa, 7 April 2015

Terdiam I

Aku duduk sambil menyelak helaian demi helaian novel yang aku pinjam kelmarin. Bukunya lusuh tetapi kandungannya menarik. Aku hanya mendiamkan diri sambil ditemani riuhan beberapa kawanku yang sedang berbincang. Aku bukannya twrsentuh akan kata kata mereka tetapi aku hanya ingin menguji mereka. Ternyata mereka hanya berusaha untuk mencari topik perbualan. Amir meneguk minuman panasnya dengan berhati-hati..tiba2 ustazah memanggil kami untuk menunaikan solat zohor.

Terdapat ralat dalam alat ini